Sabtu, 25 Disember 2010

PRINCE CHARMING

   Menurut fakta,Prince Charming adalah watak yang lahir dalam cerita legenda atau hikayat2 zaman dahulukala...Contohnya seperti hikayat Cinderella,Snow White,Sleeping Beauty dan sebagainya...Itu adalah salah satu contoh hikayat dongeng dari negara Barat yang telah menarik minat kanak2 membaca dan hikayat2 tersebut masih lagi segar diperkatakan sehingga ke hari ini...Hikayat2 Melayu juga tidak ketinggalan memperlihatkan watak Prince Charming sebagai watak utama...Prince Charming dan hikayat memang tidak boleh di pisahkan...

   Putera Idaman...Pada zaman sekarang,bukan hanya putera sahaja yang boleh dinobatkan sebagai putera idaman...Putera Idaman juga bukan mesti seorang lelaki yang berketurunan diraja...Namun begitu,masyarakat zaman sekarang lebih suka mentabalkan seseorang yang kacak,kaya,bijak,bergaya dan sempurna sebagai Putera Idaman atau Prince Charming...Lelaki daripada golongan inilah yang selalu menjadi rebutan gadis2 zaman sekarang...

  Rupa dan kekayaan sering menjadi ukuran bagi seseorang gadis mencari putera idaman mereka...Walaupun mereka menafikan sekeras kerasnya,tapi dalam diam mereka juga menyimpan keinginan itu...Namun mereka lupa tentang sesuatu...Sesuatu yang mengaburi mata mereka semua...


  Manusia...Prince Charming atau Putera Idaman adalah manusia...Mereka bukan malaikat..Mereka juga bukan Tuhan yang mencipta alam ini...Cuma yang bezanya adalah watak mereka didunia ini...Mereka cuma kacak,berduit,bergaya dan bijak...Tapi,adakah mereka ini benar2 layak dikategorikan sebagai Prince Charming???


  Mungkin ramai antara kita tidak menyedari hakikat ini kerana kita semua telah di sogok dengan cerita2 dongeng yang memperlihatkan putera raja atau lelaki idaman sebagai seorang yang sempurna...Hanya lelaki daripada golongan itu sahaja yang layak diberi gelaran Prince Charming???


  Tahukah anda,bahawa tidak semua lelaki yang bijak,kaya,berpelajaran tinggi dan berkerjaya itu dianggap Prince Charming???Dan,tahukah anda,seorang lelaki itu boleh dianggap Prince Charming biarpun dia tidak memiliki syarat2 Prince Charming???


             Ramai yang tidak menyedarinya..........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan